Aktiviti keganasan Taufik Abdul Halim

Selepas belajar di Tingkatan Enam (Disember 1993) ,dia kemudian dihantar oleh keluarganya ke Pakistan untuk belajar agama . Dia telah bertemu dengan rakan-rakan dari Malaysia, yang kebanyakannya merupakan lulusan sekolah pondok. Peluang belajar di Pakistan digunakannya untuk melawat kem-kem tentera di Afghanistan untuk belajar menggunakan pistol, raifal dan membuat bom. Dia menyertai pertubuhan Massa-Pakindo iaitu sebuah pertubuhan pelajar-pelajar Malaysia di Pakistan dan India. Dia turut simpati dengan nasib militan-militan Khasmir yang cedera semasa Taufik dimasukkan ke Hospital Muzaffarabad.

Taufik seterusnya pulang ke tanah air dan pergi semula ke Pakistan tetapi ditangkap pihak berkuasa Pakistan di Rawalpindi kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah. Selepas ditahan beberapa lama , pihak Pakistan menyerahkannya kepada PDRM.

Pasukan PDRM kemudian menahannya selama dua bulan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dibebaskan pada Disember 1996. Taufik meneruskan pengajian di sebuah kolej swasta di Kelana Jaya dan kemudiannya memasuki Universiti Teknologi mara (UiTM), Shah Alam. Tetapi dia gagal menamatkan pelajarannya, kali ini dipercayai tertipu dengan gerakan militan KMM sel Selangor yang dianggotai oleh abang iparnya Zulkifli di Kampung Sri Aman, Puchong.[2] KMM turut terlibat dalam Serangan Balai Polis Guar Chempedak pada 12 Januari 2001 [3]

Difahamkan, dengan kemahirannya membuat bom, serta pengaruh daripada Zulkifli dan dua pemimpin kanan JI iaitu Abu Bakar Bashir dan Hambali, Taufik secara sukarela menyertai kumpulan 10 lelaki ahli KMM pergi ke Ambon dan terlibat dalam perjuangan JI bagi menyelamatkan umat Islam yang ditindas oleh orang Kristian di wilayah itu.Selepas beberapa ketika berada di Ambon, Taufik dan beberapa ahli KMM lain telah menyelinap ke Jakarta dan melakukan siri serangan sehinggalah ditangkap ketika cuba mengebom Pusat Beli-belah Plaza Atrium.[4]

Taufik atau Dani membawa bom menuju ke sebuah kedai di Tingkat 2, Plaza Atrium itu yang dijadikan markas pihak Kristian dan gereja di Ambon , Maluku. Sasaran lain mereka ialah Bekasi, Bandung , Sukabumi, Ciamis, Mojokerto, Medan, Permatang Siantar dan Mataram di Lombok. Intipati perjuangan mereka ialah tentang iman (faith), jemaah (community) dan jihad (holy war).[5]